Saya telah membeli barangan yang tidak sesuai untuk haiwan kesayangan saya! Apa yang perlu saya buat?
Sekiranya ada sembarang masalah mengenai pesanan atau produk yang diterima, anda perlu memaklumkan kepada kami dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian. Anda boleh menghubungi kami melalui sembang langsung untuk respon yang lebih segera. Ejen mesra kami ada pada waktu berikut:
Isnin hingga Jumaat: 9:00 pagi hingga 6:00 petang
Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami di 1300-22-CARE (2273) dari Isnin hingga Jumaat jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang atau lengkapkan borang ini dan kami akan menghubungi anda dalam masa 3 hari bekerja atau secepat yang mungkin.
Polisi pertukaran kami adalah 7 hari dari tarikh pembelian. Pakaian haiwan peliharaan, alas najis (Wee Pad), kotak kecil dan tanaman hidup tidak dibenarkan ganti atas tujuan kebersihan. Kami akan meluluskan permohonan penukaran sekiranya:
- Keadaan yang rosak
- Luput tarikh luputnya
- Defek dari pengeluar produk
Apakah yang perlu saya lakukan untuk memohon pertukaran?
- Produk perlu dikembalikan dengan kondisi asal dan masih dalam bungkusan
- Resit asal mesti ditunjukkan semasa permohonan
- Sekiranya syarat di atas dipenuhi, kami akan pertimbangakan/meneruskan permintaan tersebut
Sila maklum bahawa Pet Lovers Center tidak akan bertanggungjawab lebih lanjut atas kerugian atau segala bentuk kesulitan yang dialami.