Adakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan barangan yang di pesan bebas dan selamat dari virus Covid-19?
Kami telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk kesihatan & keselamatan pelanggan, kakitangan & haiwan peliharaan kami. Kami telah meningkatkan pembersihan cawangan, gudang dan hab pengiriman untuk memajukan dan mematuhi standard kesihatan dan kebersihan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa nasional dan antarabangsa. Staf kami juga telah dilibatkan dalam usaha kami yang berterusan untuk mengikuti piawaian yang telah ditetapan untuk keselamatan bersama.
Selain itu, pasukan penghantaran kami akan menggunakan penghantaran tanpa sentuhan. Mereka akan menekan bel pintu semasa ketibaan (sila pastikan anda boleh dihubungi semasa penghantaran), meletakkan barangan di depan pintu, menjauhkan jarak sekurang-kurangnya 1m dari anda dengan memakai topeng muka, dan membersihkan tangan mereka sebelum dan selepas setiap penghantaran.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pada pautan ini: Covid-19: Whatever it takes, to keep Pet Lovers Safe