Di mana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai polisi pengembalian / pembayaran balik Shopee?

Produk yang dipesan dari Shopee layak untuk Bayaran Balik / Pengembalian dalam masa 15 hari dari tarikh barangan dihantar,  jika syarat berikut ditepati:

  • Item yang dihantar rosak (anda perlu mengembalikan item tersebut untuk pembayaran balik).
  • Item yang salah dihantar (anda mesti mengembalikan item tersebut untuk bayaran balik).
  • Item yang hilang dalam pesanan.

Untuk sebarang syarat lain yang tidak dapat dipenuhi seperti di atas, anda boleh berhubung dengan ejen langsung Shopee untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.

Sila maklum bahawa permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

Anda boleh memohon Bayaran Balik / Pengembalian pesanan  dengan Shopee segera. Ikuti langkah di bawah sebelum mengemukakan permintaan Bayaran Balik/ Pengembalian  anda dan Shopee akan menghubungi anda dengan sewajarnya. Sila ambil perhatian untuk TIDAK mengklik 'Pesanan Diterima' kerana ianya tidak dapat meneruskan permintaan Bayaran Balik / Pengembalian.

 

Langkah 1: Klik "Me" dan seterusnya klik "To Receive" untuk mencari pesanan anda.

Shopee_Click_Me.png

 

Langkah 2: Klik pada pesanan yang ingin dikembalikan.

Shopee_To_Retrieve.png

 

Langkah 3: Klik "Return / Refund"

Shopee_Return_and_Refund.png

 

Langkah 4: Pilih item yang anda ingin mohon untuk Bayaran Balik/ Pengembalian  . Berikan butiran dan dokumen yang diperlukan dan kemudian klik "Submit"

Shopee-_Submit.png

Sebagai alternatif, anda juga boleh merujuk pada artikel berikut untuk maklumat lebih lanjut mengenai Shopee.

Adakah artikel ini membantu?
0 daripada 0 mendapati ini berguna

Artikel dalam seksyen ini

Hantar Permintaan
Sila lengkapkan borang ini dan kami akan kembali secepat mungkin.
Cari kami di WhatsApp
Jika anda lebih suka untuk menghantar mesej kepada kami melalui komunikasi mudah alih, sila berasa bebas untuk menghantar teks kepada kami di +65 8875 4869!
Waktu operasi talian bantuan kami:
9:00 pagi - 10:00 malam Setiap hari